;

Monday, 28 May 2012

Entah. Apa-apa cerita je lah kan. Tak tahu nak letak tajuk mana satu.Banyak sangat pilihan.

Assalamualaikum. Hai.

Haaa ambik kau kemain panjang nau titlenye. hahahaha

Haa aku sebenarnya tak tahu pun nak cerita apa ni. Taip je lah dulu. Kot-kot japgi feeling nak bercerita apa-apa sampai ke kan. Tapi aku rasa post ni panjang. Lagi 15 hari je lagi nih nak habis dah sem 3. Lepas tu aku cuti sampai bulan 7. Hehe. Perasaan nak balik rumah tu. Allah je tahu. Last balik cuti midterm haritu je. Lama dah pun.
Ehem :)

Kali ni last aku balik perak. Banyak benda nak kena settlekan. Nak tukar ic. Nak tukar alamat akaun bank. Nak pergi ambik sijil Spm. Nak jumpa mereka-mereka for the last time. Nak kena tolong parents packing barang. Nak asingkan barang aku siap-siap. Oh harap kali ni for the last time pindah rumah. Okay tak sebenarnya. This is second last. Sebab rumahnya tak siap lagi. So, duduk rumah sewa dulu sekejap.

Nampak tak kotak-kotak belakang kerusi tu. Banyak lagi tepi tu.

Yang mana dah tahu aku pindah mana tu, tahu lah. Yang tak tahu tu, anggap je lah dah tahu. Kat mana ? For sure belah utara lah. Ceq ni oghang utagha. Daghah utagha mengalir baq ang. Finally, mak abah dapat jugak balik ke negeri sendiri. Haha tapi sumpah aku bosan nanti kat sana sebab mana ada kawan kat situ. Depan, kiri, kanan semua rumah sedara mara je. Pak su, Pak anjang, Pak long, Pak teh. Haa semua pak pak lah ada. Rumah parents aku belakanggggg sekali. Yang sebaya aku ni manalah ada kat situ. Semuanya merantau kerja lah,belajar lah. Haa raya best lah kot.

Okay dah tetibe aku rindu nak balik sana. Dulu seronoklah. Masing-masing kecik lagi. Asyik mainnnn je. Dah besar. Masing-masing busy. Hmm tak best. Kak Nurul nak kahwin dah 3 jun ni. Abang Hairi 9 Jun. Dan dua-dua kenduri aku tak dapat pergi sebab aku tengah final. Hmm sedihnye :c

Duduk jauh dengan family ni buat aku pandai dah nak masuk dapur, nak masak. Asyik call mak mintak resepi. Hahaha. Nak makan apa ? Tell mayhhh. Tak ada hal punyaaaa. Hahaha. Seronok tau masak, lepas tu rasa sedaaaappp. Lepas tu semua makan sampai habis. Rasa puas, berbaloi =D

rendang ayam

ayam masak serai

sayur-apa-entah goreng-tapi-dah-jadi-macam-sup

ayam masak lemak cili api

Rendang daging dara-pingitan-yang-mantap. Haa ambik kau. Hahaha.

Bendi kentang goreng.

So, kalau mak korang masak tu. Makanlah sampai habis. Makan banyak-banyak. Confirm dia rasa bahagia :)

Ohh haritu kelab logic buat event bbq and majlis perpisahan for sem 6 and miss zairuwaida. Tapi biasalah kan dalam satu event tu mesti ada tukang spoiler. Cuba nak have fun kan diri sendiri tapi tak menjadi kot. Haha tak apa la. Benda dah lepas. Yang penting, bihun goreng yang kitorang masak tu habis licinnnnnn. Kau bayangkan almost 80 orang haritu. Berapa banyak kitorang masak ? 2 periuk besar okayyy. Tapi tak sempat tunggu sampai malam. Petang tu je dah habis. Hahaha.

Classmate. Dan ini sahaja perempuan. Ini sahaja yer :)


With tyra. Baju memang dah plan.

With Siti Nor Anish Shahida. Haa kemain panjang nau namanya.

Kelas dah habis. Sebenarnya minggu lepas baru habis. Tapi aku habiskan lagi awal dari yang sepatutnya. Hahaha entah lah. Malas nak pergi kelas. Kalau setakat pergi. Duduk. Bersembang. And lecturer pun just translate nota. Tak apa lah. Saya study kat rumah je. Lagi berbaloi rasanya. Tak apa la. Lagipun lecturer baru, fresh-graduated lagi. Tak ada pengalaman. Its okay :)

Pasal markah midterm. Alhamdulillah :) Malas nak cakap. Bila aku tanya diorang, bila carry mark nak keluar. Semua cakap "Kau tak payah tengoklah carry mark tu" "Kau tak payah carry mark pun boleh score" "Carry mark kau confirm highest" . Okay hmm apa lah salah aku. Nak tengok carry mark je pun orang cakap macam-macam. I'm just doing my things. Study. And take an exam. Okay ?

Kalau sekali dua. Its okay. Bergurau. Tapi dah kalau setiap kali. Hmm apa salah aku ? tell maaayhhhhh !! Apa salah aku ? Jangan kata kawan je. Yang more than friends tu pun sama jugak. Entahlah. Tak faham aku. Lepas ni aku kena pesan kat cik. "Jangan bagitahu diorang markah saya" agaknya. Gitu yer ?

"Semakin tensyen kau, semakin tinggi pointer kau" - Hipotesis Jaja. Hahahahaha.

See. Dalam kelas ni. Lecturer kat depan bla bla bla. Aku kat belakang buat tak tahu je. Hahaha.

Okay phone yang ada sekarang ni dah mintak ditukarkan yang baru. Pleaseee my parents. I wanna a new phone. Pwetty pweasheeeee ? or anyone ? =3 Hihi. Laptop ni punnnnn dah mengada dia tetiba je nak shut down sendiri. Nakal bebenor.

Sabtu lepas aku ada program khidmat masyarakat bersihkan pantai and malam tu sepatutnya boleh pergi tengok jabatan perikanan lepaskan penyu ke pantai. Tapi malas nauzubillah. So, tak pergi tengok pun. Lepas tu baru terasa rugi. Bukan senang nak dapat peluang tu. Sigh.


Ehh lately ni aku kerap mimpi bukan-bukan. And mostly badan aku dah sedar. Aku rasa aku ada atas katil. Tapi mata aku tak boleh nak bukak. And still nampak dalam mimpi. Serammmmmmmmmmm. Dah kalau terjaga tu mesti leher nih dah berpeluh-peluh dah. Basah boleh perah baju. Hahahahaha. Sudah-sudahlah tu wahai makhluk tuhan yang di alam lain tu. Sudah-sudahlah ganggu aku. Penatlah   -_-

Semalam aku chat dengan jaja.

ME : bla bla bla kau tahu. . . . bla bla bla bla . . . . aku ckp betul . . . . . .bla bla bla bla bla bla bla bla bla.
JAJA : Ohhh ye ke.
ME : Yer la. . . . . .bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla .
JAJA : Oh k.
ME : Eh bosanlah bercerita dengan kau.
JAJA : tu lah kau, banyak sangat bercerita. hahahaha.
ME : -_-

Tak guna punya adik. Sabar je lah.

Dah lah. Ni pun dah banyak aku cerita ni. Mesti nanti jaja cakap lagi. Banyak sangat bercerita. Yer lah. Nasib kau lah dapat akak mulut tak reti diam.

Pasal cinta ? tak nak cakap apa-apa. Hahahahaha byeee !

Harini kitorang masak rendang daging dengan bendi kentang goreng. nom nom nom. dapnyeeee !!!


Hihi cuba teka siapa bagi ? Hahahahaha.

Siapa-siapa yang pernah bagi aku something. Teddy bear ke, coklat ke, lukisan ke, pin ke, gelang ke, rantai ke, jam ke, bekas aksesori ke. Jangan risau. Semua tu ada. Semua tu aku simpan. Jaga bagai menatang minyak yang penuh =) Sayaaaaaannngggggggggggggggggggggggggg.

Saturday, 5 May 2012

the original one.

Assalamualaikum. Hai.

Haritu aku bosan. Tak tahu nak buat apa. Sebenarnya banyak je lagi benda lain boleh buat. Tapi aku malas. Tak ada mood nak bergerak. Nak tido punn tak boleh tido. Padahal, esoknye ada kelas pagi. Saja aku tengok-tengok gambar. Lepas tu terasa macam nak edit gambar pulak. Dah lama kot tak bukak photoshop tu. Hewhew.

So, bila dah ada kat photoshop memang tak ingat kiri kanan dah. Tak perasan dah jam pukul berapa. Sedar-sedar dah pukul 6 pagi. Haha. Bangun, mandi, siap-siap. Terus gi kelas pukul 7 lebih. Slumber je dengan tak tidonya. Haha.

So, let start with the original one and until the end of the edit. see the differences ?








 and then, jaja pulak edit lain bagi ada warna. So, at the end jadi macam ni. Wow =O



Okay bai =)

Wednesday, 2 May 2012

#11 WORDLESS WEDNESDAY